Friday, 1 February 2013

IDOLA SAYA

                                        ASSALAMUALAIKUM................
Hari nak cerita satu benda ,suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita  kafir .ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat.wanita itu membawa beberapa biji limau untuk baginda.cantik sungguh buahnya.siapa yang melihat pasti terliur.baginda menerimanya dengan senyuman gembira .buah limau itu dimakan oleh baginda seulas demi seulas dengan tersenyum.biasanya  Rasulullah SAW akan makan bersama sahabat tetapi kali ini tidak.tidak seulas pon diberikan kepada mereka.Rasulullah SAW terus makan .setiap kali dengan senyuman hinggalah habis buah limau itu.kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang ,diiringi ucapan terima kasih dari baginda .sahabat sahabat agak pelik dengan sikap Rasulullah SAW itu.lalu mereka bertanya .dengan tersenyum baginda menjelaskan .tahukah kamu sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama .sekiranya kalian turut makan bersama,saya bimbang ada diantara kalian mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut .saya bimbang hatinya akan tersinggung.sebab tu saya habiskan semuanya.begitulah akhlak Rasulullah SAW.baginda tidak akan memperkecil kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik atau dari orang bukan islam.wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa.MENGAPA ?sebenarnya dia bertujuan untuk mempermainkan mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah buah limau masam itu .malangnya tidak berjaya.rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW .
                                  MARI CINTAI NABI
                                                                     DAN CONTOHI AKHLAK NABI


No comments:

Post a Comment